Monday, February 7, 2011

LATAR BELAKANG SEKOLAH

-          Keseragaman sekolah yang terletak kira-kira 4.5 km daripada Pekan Kuah, Langkawi tentu dapat menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Kini hampir 15 tahun SMT Langkawi berdiri megah dan terus unggul di Langkawi. Pada 15 Mei 1989, keluasan yang diterokai adalah seluas 49 ekar untuk mendirikan sekolah yang serba indah ini. Pembinaan siap sepenuhnya pada 12 November 1990 yang telah menelan kos sebanyak RM 32 juta.

-          Pada tahun 1996 sekolah ini telah dinaik tarafkan menjadi sekolah Gred A dan ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Teknik Langkawi pada 1 Januari 1997. Sekolah Menengah Teknik Langkawi menawarkan tiga aliran iaitu Aliran Teknik, Vokasional dan Kemahiran. Kini Sekolah Menengah Teknik Langkawi telah menunjukkan prestasi dan keputusan yang memberangsangkan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.


                              VISI
  SMT Langkawi berazam menjadi sekolah cemerlang di zon utara pada 2013


MISI 
Melaksanakan pendidikan teknik dan vokasional berkualiti dan bertaraf dunia bagi melahirkan teknokrat yang mahir untuk keperluan negara



SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH DAN KURSUS PELANCONGAN

Sejarah Sekolah
  • Sekolah Menengah Teknik Langkawi sudah beroperasi selama lebih kurang 17 tahun. Pengetua sekolah ini, adalah Tuan Hj. Madzi Bin Saad. Beliau merupakan Pengetua yang kelapan ditugaskan untuk berkhidmat di sekolah ini.  Kursus-kursus yang ditawarkan adalah kursus dalam aliran teknikal iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Pengurusan Makanan dan Pengajian Agroteknologi. Tujuh kursus aliran vokasional iaitu tiga kursus ketukangan(MPAV) seperti Automotif , Binaan Bangunan dan Elektrik, dua kursus E.R.T (MPAV) iaitu Bakeri dan Katering dua kursus pertanian iaitu Hortikultur Hiasan & Landskap dan kursus Kejenteraan Ladang. Manakala dalam kursus kemahiran (SKM) pula, tiga kursus ditawarkan iaitu Mekanik Kenderaan Motor , Jurukimpal Arka. Secara keseluruhan dan JuruEletrik Rendah, jumlah kelas untuk aliran teknikal  tingkatan lima adalah sebanyak 3 kelas manakala tingkatan empat adalah 3  kelas iaitu empat Agroteknologi 2 kelas dan 4 Pengurusan Makanan 1 kelas dan untuk aliran vokasional ialah sebanyak 10 kelas. Jumlah kelas untuk kursus kemahiran tingkatan empat adalah 1 kelas(JER) sahaja dan T.5 Kemahiran 2 kelas (MKM & JKA).

   Kursus Pelancongan
  •     Kursus ini telah ditubuhkan pada awal tahun 2010. Ketika itu tenaga pengajar hanya terdiri daripada 3 orang guru sahaja. Tenaga pengajarnya merupakan lepasan ijazah pelancongan dari Universiti Utara Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pelajar tingkatan 5 sekarang adalah seramai 17 orang. Manakala pelajar tingkatan 4 seramai 12 orang.
  •     Berikut merupakan modul/silibus yang diajar dalam kursus Pelancongan di Sekolah Menengah Teknik Langkawi.


1.                Asas Kemahiran Pelancongan

1.1  Pengenalan pelancongan.
1.2  Pelancongan Malaysia.
1.3  Kemahiran Interpersonal.
1.4  English For Tourism.
1.5  Penulisan Berkesan.
1.6  Asas Aplikasi Komputer.
1.7  Keusahawanan.


2.               Pelancongan dan Rekreasi

1.1  Pertolongan Cemas.
1.2  Asas Pemandu Pelancong.
1.3  Pengurusan Kaunter Perkhidmatan.
1.4  Pelancongan dan Alam Sekitar.
1.5  Rekreasi Darat.
1.6  Pengendalian Acara.
1.7  Perniagaan Pelancongan.


            Aktiviti yang dijalankan oleh Kursus Pelancongan

-          Rumah Hantu sempena Hari Kokurikulum.
-          Sukaneka di Pantai Chenang.


                    Carta Organisasi Sekolah

Sunday, February 6, 2011

LOGO SEKOLAH

Warna Biru dan Putih: Iklim sekolah yang bersih, tenang, ikhlas dan damai
Gambar Helang:         Lambang Langkawi Pulau Legenda Mahsuri
Jisim Atom:                    Sains dan Teknologi
Lambang Gear:           Pendidikan aliran teknik dan vokasional
Buku Terbuka:               Lambang sumber ilmu pengetahuan
LAGU SEKOLAH